Monday 6 October 2014

Tips Kenali Pasangan Anda

Assalamualaikum bakal pengantin..

Dah lama berpacaran tapi masih tak kenal?

Bak kata orang, selagi belum tidur sebantal selagi itu lah kita tak kenal pasangan kita walaupun telah lama berpacaran. Tapi macamana nak tidur sebantal kalau belum menikah? ok, jom kita cuba guna tips ni untuk mengenali pasangan anda walaupun anda baru berkenalan dengan si dia..


#1 Berkongsi cerita bersama
Kenali si dia melalui perkongsian cerita mengenai latar belakang dan kisah hidup sebelum ini.

#2 Berani untuk bertanya
Beranikan diri untuk bertanyakan kisah lampau si dia. Oleh itu anda berdua akan jujur dalam perhubungan.

#3 Buang perasaan sakit hati atau dendam
Jika anda berasa marah atau tidak puas hati dengan pasangan, usah simpan dalam hati. Luahkan saja dan jelaskan kenapa anda merasa begitu.

#4 Ketahui hobi si dia
Kenali apakah hobi yg sering si dia lakukan ketika masa lapangnya supaya anda dapat menyesuaikan diri selepas bergelar suami isteri.

#5 Ketahui kebenciannya
Anda perlu tanya apakah perkara atau makanan atau kelakuan yg dibenci si dia supaya anda tidak melakukannya dan dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan faham.

#6 Kenali warna kegemarannya
Warna memainkan peranan dalam mencipta mood dalam kehidupan harian. kenali warna kegemarannya supaya mudah untuk anda membuat si dia selesa dengan pemberian anda terutamanya pakaian!

#7 Kenali sikap si dia
Jika anda berkesempatan menziarahi keluarga si dia, cuba kenali sikap si dia ketika bersama keluarganya. Adakah dia seorang yg manja dengan ibu atau seorang yg menghormati org  tua atau dia seorang yg tidak mengambil berat perihal keluarga. Dari situ anda akan lebih mengenali sikap sebenar si dia.

#8 Selidik cara percakapannya
Kenali sikap si dia berdasarkan cara percakapan si dia apabila bersama anda, bersama rakan dan keluarga. Anda boleh kenali si dia samada dia seorang, penyayang, panas baran, lembut dan sebagainya.

Kalau masih ragu-ragu buat saja solat istikharah..mesti ada petunjuk yg paling tepat tentang si dia.

Perkahwinan bukan untuk sehari tetapi untuk selamanya bersama si dia hingga ke syurga...

Intai-intai pakej perkahwinan kami di Midz Couture/ J Photo Studio dan raikan hari bahagia anda bersama kami..Hubungi Midz (0163385790) / Jeffri (013-8017800)

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Sila tinggalkan alamat blog anda di ruangan komen untuk saya kunjungi pula..

Midz Couture
"Anyone can be pretty"

No comments:

Post a Comment