Sunday 5 October 2014

Hasil solekan Midz Couture

Assalamualaikum,

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya memulakan entri pertama saya dengan koleksi solekan yang telah saya hasilkan ketika sesi solekan di J Photo Studio, Bandar Baru Samariang, Kuching. Next entri saya akan ceritakan mengenai J Photo Studio pula ya.




Solekan mata adik ni saya guna teknik smokey eyes sebab mata adik ni kecik dan sepet so saya perlu besarkan sket mata dia dengan kombinasi warna biru, hitam dan silver. Bulu kening adik ni saya tak trim, sebab adik Jasmine ni tak nak, so saya hanya tutup kening tu dengan foundation Cryolan kod 2W.


Solekan saya lebih kepada solekan natural tetapi saya pentingkan shading supaya wajah yg tembam boleh nampak slim, hidung yang kembang bole nampak mancung, dagu yang lebar bole nampak runcing dan terbelah gitu...ala-ala Siti Nurhaliza...(poyos lak tetiba, hehe).


Ok jom kita tengok solekan seterusnya...





Comey tak adik ni? manis je muka dia kan? Orang Kuching ni comel-comel kan? (siapa setuju sila komen ya!.hehe). Cuba tengok pipi adik tu, nampak tinggi sikit kan? tetiba keluar lak tulang pipi lepas kena solek, hihi. Sebenarnya solekan kali ni saya gunakan teknik shading luar dan shading dalam di bahagian pipi utk naikkan tulang pipi.


Ok, ni solekan seterusnya..



Solekan adik ni saya lebih tumpukan di bahagian bibir sebab bibir adik ni tebal. So saya lapiskan warna glossy di keliling bibir supaya bibir kelihatan kecik sedikit, kemudian baru saya lapiskan warna merah pink di bahagian tengah bibir. hasilnya bibir adik ni kelihatan sedikit mengecil dari saiz asal kan? Teknik solekan mata pula saya guna teknik halfmoon socket, sebab mata adik ni besar tapi kelopak matanya kecil. Bila buat halfmoon ni,hujung kelopak mata akan terangkat sedikit dan buat mata lebih segar..


Ok, rasanya cukup dulu buat masa ni. Next entry saya akan kongsikan koleksi solekan saya yang lain ye.
Terima kasih kerana melawati blog saya. Sila tinggalkan nama blog anda di ruangan komen utk saya lawati pula. Ok, bye-bye..


Andaman Midz Couture
"Anyone Can Be Pretty"

3 comments:

  1. Good job k.Midz...hihi..cntik make up..

    ReplyDelete
  2. Tq najibah..kalau najibah ada kat sini bole dtg ke studio make up2 shooting2 kat sini. Najibah apa kabar kat sana.sihat? Kalau ada blog bole letak kat sini utk akak kunjungi pula..

    ReplyDelete