Wednesday 29 October 2014

Resepi Murtabak Diet Kalori

Salam adik manis..

Entry kali ni saya nak kongsi resepi murtabak diet. Adik-adik..bila dah kahwin, kena pandai jaga perut suami tau..jangan biar kosong dan jangan biar buncit.. hehe.

Apa istimewanya murtabak diet ni?

Sudah pasti rendah kalori, kerana murtabak yg biasa dijual di pasar menggunakan kulit murtabak yang dicanai dengan minyak dan isi murtabak pula biasanya kentang. Kentang adalah sejenis makanan ubi yg tinggi kalori. Jadi untuk anda yg sedang berdiet harap dapat kurangkan pengambilan kentang, keledek, ubi kayu, labu dan lobak merah.

Ok, jom kita tengok resepi murtabak ni.

Bahan-bahan

kulit popia (31kcal sekeping)
3 ketul isi ayam (29kcalx3=87kcal) racik halus
kacang panjang hiris halus
bawang besar setengah labu potong dadu
cauliflower suku labu racik halus
4biji cili padi racik halus
Daun sup racik halus
2biji telor (156kcal)
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil lada sulah
garam scukup rasa
minyak masak 1 sudu besar (129kcal)

Cara-caranya:

masukkan semua bahan ke dalam bowl macam ni, kecuali kulit popiah dan minyak.


Kemudian, sapukan sedikit minyak di atas kuali non-stick. Letakkan sekeping kulit popiah dan diikuti dengan inti tadi. Tutup pula dengan sekeping lagi kulit popiah diatas inti, jadi macam sandwich. Kemudian, tutup kuali dengan penutup periuk dan kecilkan api supaya ia masak luar dan dalam.

  Agak-agak dah kering sedikit bahagian  bawah, terbalikkan murtabak sambil tekan murtabak dengan sudip agar jus ayam keluar dan tutup lagi dengan tudung periuk.Masak sampai kecoklatan seperti gambar di bawah.




 Murtabak ni kalau dah sejuk pun sedap lagi sebab rasa dia yg pedas-pedas dan tak berminyak buat kita tak muak makan. Cubalah.


1 comment: