Monday 13 October 2014

Teknik Jahitan Manik Lebih Kukuh

Assalamualaikum pretty ladies..

Sambil2 saya menjahit manik kat wedding dress ni, saya nak kongsikan sedikit teknik jahitan manik. Teknik ni boleh menjadikan jahitan manik lebih kukuh.

Ok, mula2 saya nak tunjukkan teknik jahitan manik jelujur. Teknik ini mudah, hanya masukkan manik kemudian jahit secara jelujur ke hadapan. Namun begitu, teknik jahitan ini boleh membuatkan jahitan manik lebih mudah putus apabila tersangkut sesuatu benda atau apabila benang rapuh.
  
Jahitan manik jelujur ke hadapan

Ini pula teknik jahitan manik secara ke belakang atau dipanggil "back stitch". Kelebihan teknik ni ialah jahitan manik menjadi lebih kukuh, kerana benang seolah berkait dari depan ke belakang dan menjadikan benang lebih tebal dan bersilang di bawah fabrik.

 
Jahitan manik ke belakang (back stich)
Walaupun dua teknik jahitan ini kelihatan sedikit berbeza, tetapi hasil jahitan manik di atas fabrik tetap sama. Cuma hasil jahitan benang bawah fabrik yg berbeza. Ok, macaman? mudah je kan?. Semoga entri kali ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Ok, jumpa lagi.

wassalam

p/s: Sila tinggalkan alamat blog anda di ruangan komen untuk saya kunjungi pula.. tq


1 comment:

  1. tk puas membaca entri ni sbb saya suka baju yg bnyk manik dan kasar ala2 che ta gitu.most baju saya sulam tebuk dan saya teringin nk bling2 kan baju2 tersebut.dan suka nk jahit manik pd tudung2 saya yg lama utk dibeti nafas baru.syg nk buang

    ReplyDelete