Monday 6 October 2014

Teknik Solekan Menaikkan Tulang Pipi

Assalamualaikum pretty ladies..

Hari ini saya ingin berkongsi tips bagaimana hendak menaikkan tulang pipi hanya dengan solekan. :)

Ini contoh  wajah yg mempunyai tulang pipi mendatar. (Tq Kak Murni pinjamkan gambar hehe)


Bagaimana nak jadikan tulang pipi yg mendatar kelihatan terbonjol?

Tak perlu pembedahan...hanya dengan bebrapa teknik solekan, anda akan dapat melihat wajah anda berubah!

Tadaaaa....

Cuba lihat wajah selepas make up ni. Pipi yg sedikit tembam kelihatan runcing dan pipi kelihatan berbentuk. Ini adalah teknik make up natural yg anda sendiri boleh lakukannya dirumah.

Jom kita belajar sedikit tips mengenai solekan pipi.

Bahan-bahan: Blusher brush, Blush on PAC No B04 dan Blush on PAC No B08



Cara-caranya:

1) Dapkan sedikit warna coklat B08 pada blusher brush anda.
2) Sapukan secara menarik dari pangkal telinga ke tengah pipi. Layangkannya supaya warna lebih gelap akan berada di pangkal telingadan lebih cerah membawa ke tengah pipi. Sapu di bahagian bawah tulang pipi ya sayang...
3) Jika wajah anda jenis bulat, tegakkkan sedikit sapuan tersebut supaya pipi kelihatan memanjang..Jika wajah bujur atau memanjang, sapuan perlulah mendatar supaya wajah kelihatan lebar sedikit.
4) Sapukan pula warna pink  B04 di atas warna coklat tadi dan blend kan kedua2 warna tu supaya tidak kelihatan ada 2 warna terpisah.

Ok...siap..dah boleh ke majlis istimewa dengan penuh keyakinan..

Semoga tips ini akan memberi manfaat kepada anda diluar sana...

Jika anda memerlukan khidmat juru make up untuk sebarang majlis di area kuching Sarawak, sila hubungi saya 0163385790. Pakej perkahwinan menarik juga menanti anda di butik studio kami. 

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Sila tinggalkan alamat blog anda di ruangan komen untuk saya kunjungi pula..

Ok jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment