Tuesday 24 February 2015

Tutorial Hanbok Kids Ala Midz Couture

Assalamualaikum pretty ladies...

Hari ini saya ingin berkongsi cara-cara menjahit baju hanbok kanak-kanak. Pernah dengar baju Hanbok?

Baju hanbok ni adalah baju kebangsaan Korea. Kalau anda biasa tengok cerita drama korea, anda mesti akan dapat melihat pelakon-pelakon wanita memakai hanbok terutama dalam drama korea era zaman pemerintahan beraja Korea seperti ini..



Hanbok yang dalam gambar tu original hanbok korea, tetapi tutorial yang akan saya buat ini adalah rekaan dress dari inspirasi hanbok. Saya masih kekalkan rekaan jeogori atau kolar leher menegak, namun saya ubah ikatan ribbon jeogori itu menjadi bow ribbon yang lebih mudah dan sesuai untuk si manja. Tutorial kali ini saya akan tekankan cara membuat jeogori atau bahagian badan dan leher dahulu ya. Kerana inilah bahagian hanbok yang perlu dibuat dahalu sebelum membuat bahagian yang lain.

Baiklah mari kita mulakan tutorial hanbok kita ya.

Langkah pertama.
Mula-mula anda perlu potong kain menjadi bentuk sepeti ini (2 keping bahagian badan, sepasang lengan dan sekeping kolar panjang lebih kurang 20") Kain yang diperlukan untuk menghasilkan jeogori ialah sebanyak 1meter untuk saiz kanak-kanak bawah 4tahun. bahagian badan jeogori perlu lapis dua supaya kolar jeogori akan tertutup kemas.

Langkah kedua:

Jahit kolar jeogori yang telah dirangkap dua dan jika anda inginkan kolar yang keras, anda boleh lapiskan kolar tersebut dengan kain lapis kolar (terdapat di kedai alat-alat jahitan).

Langkah 3:
Cantumkan bahagian sisi kolar yang telah dijahit tadi dengan bahgian keliling leher. Cantuman ini hanya menggunakan sehelai bahagian badan sahaja. Semat dengan jarum peniti atau jahit jelujur supaya hasilnya akan lebih kemas. Cara cantuman seperti di dalam gambar.

Langkah 4:

Jahit bahagian tepi keliling leher yang telah anda semat atau jelujur tadi dengan menggunakan mesin jahit.

Langkah kelima:
Cantum satu lagi bahagian badan dengan kolar yang telah dijahit tadi. Semat keliling leher dan jadikan ia seperti dalam gambar. Pastikan bahu bahagian badan pertama dan bahu bahgian badan kedua bertemu dengan sama dan tepat ya..supaya hasilnya nanti akan kemas. Harap anda faham lah ya.heheh. Anda perlu cuba dulu baru dapat gambaran sebenar.

Langkah keenam:
Ok...siap...inilah hasil jeogori yang telah dijahit. Untuk bahagian lengan pula, anda boleh cantum seperti biasa. tetapi sebelum cantum lengan, anda perlulah jelujur kedua-dua lapisan tersebut supaya memudahkan anda untuk memasang lengan.

 Nampaknya setakat ini sahaja tutorial kita buat masa ini. Jika anda sudah pandai menjahit, anda sudah boleh membuat cantuman Chima (gaun) sendiri. Anda boleh reka chima anda mengikut citarasa masing2. Bahgian Chima dan ribbon bow saya akan tulis dalam bahagian 2 pula ya.

Bersambung......

p/s: Jika anda berminat untuk membuat tempahan, hubungi Mid 0163385790