Tuesday 7 October 2014

Kursus Solekan

Assalamualaikum pretty ladies..

Hari ni saya nak cerita macamana saya belajar make up sebelum ni.

Saya mula belajar make up pada bulan Mac 2011. Sifu saya ialah Professional Make up Artist Mazmiera. Beliau adalah pemilik Butik Rias Mazmiera yg terletak di Seksyen 15 Shah Alam, Selangor.

Beliau yg berdiri paling kiri. Comey kan? Ini cover page majalah Pesona Pengantin (pinjam gambar ye kak mas..)


 Kelas make up beliau secara one to one session. 10 sesi pembelajaran akan kita pelajari sepanjang kursus tersebut. Kita hanya perlu bawa model yg berlainan untuk setiap sesi pembelajaran. Make up disediakan. Model tak perlu la yg cantik tinggi lampai kulit mulus macam model majalah tu...sebenarnya model yg kita cari adalah model yg terdiri daripada pelbagai bentuk wajah dan warna kulit supaya kita dapat mengetahui tips cara solekan yg bersesuaian dengannya.

Ha...Ni la model kelas make up sesi pertama saya..(tq Adida kerana sudi jadi model I..). Sesi pertama ni saya belajar teknik make up mata.





Masa last session tu kan...I was pregnant! terus rasa nak loya tengok make up. hahaa. rupa-rupanya nak dapat girl...hihi. Apapun alhamdulillah..ilmu dapat baby pun dapat. Sekarang my girl ni suka sangat tengok ibu make up2. Even kalau ajak dia pergi make up orang, dia dok tengok je, best la Asha girl ni, bole jadi kawan ibu hihi.



Ok, Jika anda berminat nak belajar make up dengan Mazmiera di Shah Alam atau lembah klang, boleh pm beliau di fb rias mazmiera beauty and craft. Kalau nak belajar make up dengan saya di area Kuching, Sarawak bole hubungi saya, 0163385790. Saya juga menyediakan pakej perkahwinan di Bandar Baru Samariang, Kuching, Sarawak.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Sila tinggalkan nama blog anda di kotak komen untuk saya kunjung balas. Tq..

Midz Couture,
" Anyone Can Be Pretty"

No comments:

Post a Comment