Sunday 4 January 2015

Nursing Blouse Aleeya

Salam pretty ladies..

Kepada anda yang dah hamil, boleh lah mula berfikir dan berniat untuk menyusukan anak anda sendiri. Susu ibu adalah yang terbaik samada dari segi perkembangan fizikal dan mental anak-anak kita. Bila kita dah set di minda untuk menyusukan anak, InsyaAllah susu akan ada.

Pengalaman saya dalam menyusukan 3 orang ini, telah memberikan saya inspirasi untuk membantu kaum ibu menjalani proses penyusuan dengan lebih mudah dan menyeronokkan.

Bila kita menyusukan anak, perkara yang menyulitkan adalah apabila pakaian kita tidak mesra menyusu. Bila anak menangis nak susu, kita mula tercari-cari tempat tersorok untuk menyusukan anak, kerana pakaian yg dipakai perlu diselak dari bawah baju dan baju di bahagian belakang akan terangkat. Ini akan mengganggu aktiviti kita apabila berada diluar rumah.

Namun, sekarang tidak lagi...bila adanya baju khas untuk menyusu seperti NURSING BLOUSE ALEEYA ni.

Rekaan Nursing Blouse Aleeya sangat eklusif dan menarik hingga kita tidak perasan ia adalah baju menyusu.

Ciri-ciri keistimewaan Nursing Blouse Aleeya
==============================
  1.  Material  lycra korea yang sejuk, berat, tidak mengikut bentuk badan, selesa dan jatuh bila dipakai
  2.  Dilengkapi zip sorok di bahagian hadapan untuk memudahkan penyusuan
  3. Cutting princess yang kembang dan elegan
  4.  Lengan mesra wudhu'
  5. Terdapat pelbagai saiz SS, S, M, L, XL, XXL dan XXXL
  6. Terdapat 19 corak dan warna menarik




Saya harap Nursing Blouse Aleeya ini akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk menyusukan anak.

Saya Midz sangat menyokong  penyusuan ibu supaya kita dapat melahirkan generasi yang sihat, bijak dan soleh.
 
kepada anda yang berminat, sila hubungi saya Midz 0163385790 untuk tempahan.

Nantikan koleksi nursing blouse yang akan datang di dalam entry saya seterusnya. Terima kasih..

No comments:

Post a Comment